Permohonan Visa kami haruslah memenuhi syarat2 utama iaitu.
-Pengesahan sijil kelahiran (bagi anak2)
salinan kena dapatkan pengesahan pegawai di Jabatan pendaftaran negara.
-Pengesahan sijil nikah bagi pasangan suami isteri sebagai bukti mahram kepada kita kaum wanita.
Salinan sijil kena dapatkan pengesahan di mana2 pejabat agama yg berdekatan anda.
Tak perlu suami isteri hadir ke pejabat, salah sorang je pun boleh.
selepas tu selesai, bawa pula ke Wisma Putra di Putrajaya Precint 2 utk pengeshan terakhir.. lepas tu kira setel la pengesahan2 semua selepas dptkan pengesahan wisna putera.. boleh dah bawak ke agen utk urusan permohonan visa..
kalau buat ngan travel agen pun kita kena buat sendiri gak benda ni except di wisma putera je agensi unrah akan uruskan.. pengesahan sijil kelahiran dan nikah kome kena buat sendiri ye.. ๐
untuk kes kami tu je la yg perlu.. untuk kes anda, sila rujuk semula ye.. google je banyak jer org share.
untuk ibu mertua beliau x perlu pengesahan apa2 pun sebab umur melebihi 45 x perlu dah pengesahan mahram bagai. bole datang mekah anytime with visa approved๐
So step pertama permohonan visa dah selesai..
Pengesahan Sijil ✔️
step kedua pula adalah....
Gambar ukuran saiz visa umrah/haji. 2keping..
jadi malam tadi bawak la anak2 g amek gambar di kedai gambar.. semua excited bila sebut nak g Mekah kena bawak gambar.. elok sopan je senyum atas kerusi di studio gambar tadi hehe ๐
haaa. sila pakai baju warna hitam ye.. n perempuan pakai tudung hitam.. xyah nak bunga2 cinta sangat tudung tu hehe
step kedua - gambar ukuran visa umrah/haji ✔️
esok abah akan g hantar ke agen yg kami deal sebelum ni utk tolong kami register di sistem mofa Saudi.
semoga dipermudahkan dan visa kami berjaya
amin..
No comments:
Post a Comment