Tuesday, January 1, 2019

Umrah DIY 2017 (Part 1) - Persediaan Awal Umrah

Lepas da beli tiket confirm bila nak pergi, dah boleh la prepare beberapa perkara di bawahni

1- Suntikan Vaksin
2- Booking hotel
3- Transportation di Mekah/Madinah
4- Survey aktiviti ziarah di Mekah dan Madinah
5- Permohonan Visa
6- Insuran

1- Suntikan vaksin
Bole g je mana2 klinik yg menyediakan suntikan vaksin yg wajib utk buat umrah/haji. Dalam RM 160 seorang kot xsilap.
Kalau nak tambah vaksin yg utk batuk selsema tu terpulang..ade duit yer amek...kalau x pun xpe..x wajib yg tu.

2- Hotel
Disebabkan result permohonan visa kadang2 sangat last minute, biasa akan dpt kelulusan tu dalam 30 hari ke dua minggu sebelum tarikh kita nak masuk Negara Arab saudi ni, maka hotel kena la booking yg ade terma dia 'free cancellation'

biasa kalau free cancellation dia xkan charge kita ape2 until a week before arrival date..so by that time biasanya visa mmg dah tau lulus ke tidak..kalau lulus alhamdulillah, kalau x lulus bole cancel je hotel booking tu.
kalau tgk agoda n booking.com saya punya la banyak kita cancel. sebabnya walaupun dah booking satu hotel contohnya, harga murah dah with free cancellation, tetiba next 2 week keluar lak promo baru yg lebih murah..cancel yg lama, amek promo baru..hehe
begitu la kisahnya, tu kalau rajin la cari2 harga promo ni..mmg berbaloi kalau selalu check harga promo ni..

saya selalu check promo2 hotel ni samada di hotelscombine.com, agoda.com, booking.com

NOTA PENTING
Pastikan anda confirm dulu ngan hotel once visa lulus, check yg bilik kita book tu btol2 available ke x..kol atau emel je hotel.
nak lg selamat, tros buat bayaran samada tros contact agen (agoda, booking.com dan sebagainya) bgtau nak buat bayaran penuh to confirm your booking .
ni kena buat ye, sbb kami lupa nak confirm hotel madinah, smpai je Madinah nama xde dlm hotel tu punya list. Debar la jugak, kena kol agen (agoda) utk settlekan. Alhamdulillah setel juga akhirnya, tp mmg pengajaran yg sangat2 berguna..

Hotel di Mekah kami dah confirm booking dgn buat transfer online payment. Sommg secure and smooth je proses chbeck in. Pasal tranfer online tu nanti saya akan ceritakan di sini

3- Transport
Sepanjang di Mekah, kami amek beberapa jenis pengangkutan yg sesuai dengan situasi kami.
Saya dan suami bawak umi, yg agak terhad keupayaan berjalan jauh, jadi memerlukan kenderaan yg agak selesa utk beliau, hotel pun cari yg dekat utk kemudahan umi.
Di Arab Saudi khususnya Mekah dan Madinah, pengangkutan awam utama yg diiktiraf gomen depa adalah Ujrah Taxi.
kalau nak g berniat umrah di miqat dari Mekah ke Masjid Saidatina Aisyah (Tan'im) contohnya, miqat paling dekat dr masjidil haram, bole amek je mane2 Ujrah teksi yg lalu lalang di laluan utama jalanraya Mekah tu..satu kereta dalam 25-30 riyal pergi balik.
Nak jimat lagi bole naik van dorang (ujrah teksi gak) , tunggu smpai penuh nanti dorang anta la ke masjid....
5SR sorang one way kalau van. Ikutlah nak jimat ke nak selesa..
kalau amek dua hala, janji ngan driver nak tunggu mane2 di masjid tu, n cepat2 la g selesaikan berniat dan terus la g kat teksi,  bayar lepas da selesai dua hala ye.

tak digalakkan naik kereta prebet sapu selain Ujrah Taxi melainkan anda mmg expert ngan Mekah/Madinah atau mmg fasih berbahasa Arab dan pernah dok sana la..utk kami yg baru pestaim ni, Ujrah Taxi la pilihan yg bole dipercayai insyaAllah.

Kami menggunakan khidmat Ujrah teksi utk berniat di miqat sahaja.

Untuk pengangkutan lain2 kita booking  transportation online melalui Umrah Taxi
bole.check FB page dorang.
ade dua Umrah Taxi dan Umrah Taxi Express. Servis dua2 dikatakan ok, cumanya Umrah Taxi Express harga dia slightly higher than Umrah Taxi. Beza tak banyak mana, puluh2 SR je..tp lepas la buat belanja makan sekali dengan perbezaan harga tu..hehe

so far ni la pengangkutan yg kitorang deal ngan Umrah Taxi

1- dari Jeddah (Terminal Haji) ke Mekkah

kereta sedan (4 org)
kereta Suv/MPV (lebih dari 4 org)

2- dari Mekah ke Madinah

kereta sedan (4 org)
kereta Suv/MPV (lebih dari 4 org)

3- dari Madinah ke Jeddah (bermalam 1 malam di hotel di Jeddah )

kereta sedan (4 org)
kereta Suv/MPV (lebih dari 4 org)

*kami amek SUV/MPV, nak merasa naik kete besar sket konon2..

4- dari hotel di Jeddah ke airport (Terminal Haji) kami tahan Ujrah Taxi yg lalu depan hotel je..
Kami naik Ujrah Taxi, xleh nak guna kereta biasa masuk dlm kawasan terminal, takut askar x lepas masuk, naya lak nanti menyorong beg yg bergoni2 tu 

4- Ziarah
bab ziarah ni kami banyak baca2 blog, forum dan tanya org yg pernah buat diy sebelum ni..bila kita dah set nak g umrah diy, automatically kita akan mudah je jumpa channel2 yg seangkatan dengannya spanjang pencarian kita..

sape2 nak contact agen buat visa atau khidmat ustaz yg bawak kami ziarah di sana bole la emel saya ye, x berani nak publish nombor phone org sesuka hati..
emel saya di junaini_harshah@yahoo.com kalau nk contact dorang okay 

5- Visa
Permohonan visa ni xleh nak buat awal2 sgt..dua tiga minggu sebelum tarikh travel baru visa agent akan update dlm sistem.
Sebabnya, dlm masa 14 hari dari kelulusan visa tu, kita kena masuk n dptkan cop Arab Saudi.
timing tu kena ngam2 la kiraannya.
sebulan atau sebulan setengah sebelum travel provide necessary document to agen ni, dalam masa dua tiga minggu Pn Ana akan update n dptkan approval Saudi embassy, dah approve baru bayar ke agen.
Pastu kira pastilah keberangkatan ke Tanah Suci Mekah kita bermula.
sbb tu x bole apply awal sgt visa, x lepas masuk atau keluar Mekah lak nanti..

Dokumen utk permohonan visa?
bole rujuk website imigresen uk lebih lanjut, cuma sàya share utk trip saya ni ikut kesesuaian kami.

6- Insuran
insuran ni perlu, bukan sebab nak mintak sakit tapi in case kita sakit dan kena masuk spital kat sane.
Insuran pulak kena amek takaful ye..
kami guna Etiqa Takaful, senang je buat online, pilih World Traveller Care Takaful

https://www.etiqa.com.my/getonline/travel-takaful

mcm kami, kami amek yg couple nya (saya dan suami) , dan juga single utk mak mertua.

dia ade lg satu jenis 'family' maknanya bole guna utk kami bertiga, tp harganya mahal la sket nak compare kalau kami pecah2 kan mcm kami buat td.
nak jimat kena la pandai kira sket hehe

kami punya harga as
couple - saya dan suami RM77
single - mak mertua RM 44

kalau amek family x silap dia quote RM160-170..
jimat la sket buat gini dlm 50-60 hengget bole buat beli survenir di mekah hehe ..

No comments:

Post a Comment

Umrah DIY 2019- Vaksin

bercakap pasal vaksin.. kalau kome anti vaksin, sila jangan baca entri kita hehe.  xde lah gurau je.  kalau anda anti vaksin, risiko and...